Kerjaya kelab Maicon_Sisenando

Maicon mula bermain untuk Cruzeiro pada 2001 dan selepas dua musim di Brazil, beliau telah dibeli oleh kelab Perancis, AS Monaco pada Jun 2004 dengan bayaran sebanyak £2.1 juta.

Internazionale

Pada Julai 2006, kelab dari Itali, Internazionale mengumumkan telah membeli Maicon dengan bayaran sebanyak £4.8 juta bersama kontrak lima tahun. Selain itu, kelab Itali itu juga membeli pemain bek Brazil, Maxwell dan pemain tengah Perancis, Olivier Dacourt.[2]

Beliau mula menjaringkan gol pertamanya pada musim 2009-10 ketika menentang Milan 4–0. Beliau juga bermain dengan bagus ketika perlawanan sengit 0-0 menentang FC Barcelona di San Siro. Beliau menjaringkan gol terakhir, 5-0 menentang Genoa. Beliau menjaringkan gol voli ketika saingan Derby d'Italia menentang pesaing terbesar, Juventus. Gol beliau juga antara gol tercantik pada musim itu.[3]

Sebulan kemudian, Maicon menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona. Pada 22 Mei 2010, selepas membenam Roma dalam perlawanan akhir Coppa Italia, Inter menjuarai Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Santiago Bernabéu di Madrid, Sepanyol. Beliau telah dinamakan Pemain Pertahanan Kelab UEFA 2009–2010.

Dalam musim 2011–12, Maicon hanya bermain 23 perlawanan di Serie A. Dalam 23 penampilannya, Maicon hanya menjaringkan dua gol ketika menentang Juventus (Inter tewas 2-1) dan menentang Milan (Inter menang 4-2).

Manchester City

Pada 31 Ogos 2012, Maicon sertai kelab Manchester City dengan bayaran £3 juta dan menyarung jersi nombor 3. Maicon membuat penampilan pertamanya pada 15 September, seri 1–1 menentang Stoke City.[4] Apabila pengurus Roberto Mancini dipecat pada penghujung musim, Manuel Pellegrini menyusun pemain-pemain untuk perlawanan pra-musim City di Afrika Selatan. Maicon mengatakan bahawa beliau tidak akan kekal bersama kelab itu.[5]

Roma

Pada 18 Julai 2013, Maicon kembali ke liga Serie A selepas Manchester City membenarkan beliau berpindah ke Roma.[6] Beliau membuat penampilan pertama bersama Roma menentang Livorno pada 25 Ogos 2013.

Rujukan

WikiPedia: Maicon_Sisenando http://www.fifa.com/worldcup/players/player=181406... http://www.fifadata.com/document/fwc/2014/pdf/fwc_... http://www.goal.com/en-us/news/69/transfer-zone/20... http://www.goal.com/en/news/584/brazil/2014/09/07/... http://www.theguardian.com/football/blog/2010/jun/... http://www.youtube.com/watch?v=mBZizzDUhcg http://www.inter.it/aas/news/reader?N=23330&L=en http://www.football-italia.net/51619/maicon-i-was-... http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/19527920 http://www.mcfc.co.uk/News/Team-news/2013/July/Mai...